Saturday 7 July 2012


Peluang pelajar cemerlang Terengganu ke luar negara





E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA TERENGGANU: Pelajar cemerlang di negeri ini berpeluang melanjutkan pelajaran dalam
bidang kejuruteraan besi, keluli dan perubatan ke luar negara selepas kerajaan Terengganu 
menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua institusi pengajian tinggi
dari Indonesia dan China, di sini, semalam.

Menerusi MoU yang ditandatangani secara berasingan itu, Kolej Universiti Tati (TatiUC), di bawah
kendalian kerajaan negeri menjalin kerjasama strategik dengan Shougang Institute of Technology (SGIT)
dan Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB) dari China, bagi melahirkan lebih ramai rakyat tempatan yang pakar
dalam bidang industri logam dan keluli.

Majlis menandatangani dokumen perjanjian berkaitan disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah
TatiUC yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber
Manusia Negeri Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, manakala SGIT diwakili Naib Presidennya,
Wang Lin dan ESSB pula diwakili Pengarah Projek, Tee Choon Hock.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, yang menyaksikan majlis berkenaan berkata, SGIT mempunyai
kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan metalurgi dan keluli, teknologi maklumat,
pembinaan, pengurusan ekonomi, kejuruteraan mekanikal serta elektrikal.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/05

No comments:

Post a Comment